Last Comment
Links
- myPROFILE
- missFAZLEENA
- missFARAH
- blogREPUBLICAN
- missMANTRA
- mrCHIPMUNK
- missHIAYANA
- mrBINTARA
- missHASRA
- mrsYASMIN AHMAD
- tunMAHATHIR
- mrAGUS
- missDILLA
- missBOBBY
- missSUHAIZAM
- mrAFDLIN SHAUKI
- missSABRINA
- missAYU
- mrHAZWAN pentas
- mrFASYALI
- missBELLA
- missIMA fifth
- missEMMA fifth
- mrAZNIL NAWAWI
- mrSYAHNAWI
- mrNABILfifth
- mrMARIO
- missAJUNE
- mrZULFAZLAN
- missBELL
- missAMIN
- PENTASclub
- missEDRIANA pfm
- mrOPEL
- mrHAIKAL ktr
- mrAIMAN pfm
- NOBODYblog
- -->KOSMO
- -->UTUSAN
- missZANA
- missDAPH
- missANIS fifth
- mrHELMY HAQIMIE
- missRAMZIAH
- missMASMONA
- missSIQAH
- fotoKAHWIN
- missMIRA
- mrAZRAI
- missSARA CHAN
- mrRANI ump
- missSYIDEK ump
- mrKAY ump
- mrAMIR ump
- mrFAIRUZ
- mrKAISER
Calendar
Announce
Who's Online?
Visitor: 1
Kedai Chu ni merupakan kedai runcit yang amat popular kt sini. Kedai runcit lain banyak je tapi tak tahulah kenapa kami suka sgt pergi kedai tu. Dari kecik lagi aku dah kenal Uncle Chu ni. Tiap2 bulan dia akan datang ke rumah Tok Ki aku untuk hantar barang keperluan. Dia mmg sgt baik dengan Tok Ki aku dan seluruh keluarga besar belah mak aku. Sampai satu tahap, kitaorg dah xpyh order, dia dah tahu apa yg kita nak.. lagi2 serbuk teh. Tok Ki aku kalu beli teh, bukan sikit2, sekali beli besar Tin Milo yg paling besar tu.2,3 tin lah jugak sebulan. Kuat betol minum teh. Ktorg panggil teh bukan teh tarik..tp 'chayak'. (Bahasa India Malaylam)
Tapi apa yang masih segar dalam ingatan aku apabila lalu di Kedai Chu ni, ialah peristiwa kereta ayah aku di curi. Bukan kereta je, dengan aku2 skali kena curi. Aku memang xkan lupa sampai bila2. Kejadian itu berlaku semasa aku tingkatan 2. Ketika tu aku dan mak ayah aku baru pulang shopping barang dapur di pusat beli belah yang popular di sini, Tunas Manja. Mak aku suruh singgah Kedai Chu sebab nak beli dedak ayam pesanan nenek aku. Kitaorg pun parking lah betol2 depan kedai tu. Kire mak aku bukak pintu kereta, terus boleh masuk kedai tu. Masa tu ayah aku pakai keta Honda Accord (BDB 668). Aku berada di belakang seat mak aku, sedang membelek2 fail mahal yang dah lama aku idam2kan. Tiba-tiba ayah aku keluar dari kereta kerana ternampak Uncle Chu tu.Katanya ingin bertanya khabar.
Sedang aku membelek fail tadi, ttiba ada seorang lelaki berpakaian kemas, masuk dan duduk di seat driver dan seorang lelaki bertopi dan berambut panjang duduk di sebelah aku. Mula-mula aku berpikiran yang mereka di nak alih kereta ayah aku tapi rupanya mereka ni nak CURI kereta ayah aku apabila pencuri tu jerit " Turun..!! turun..!! Turun dik!!.." aku terus panic...aku tak tahu dah mana suis cermin keta.. Aku terus bukak pintu dan jerit " bapak..!!! " akhirnya aku dibawa lari oleh pencuri tu. Pencuri tu memecut laju dan aku melihat ayah aku hanya pandang ke arah aku sambil memegang roti di tangannya tanpa berbuat apa2 kerana tidak percaya. Aku terus di bawa lari.....
Ketika dalam keta, aku teringat yang ayah aku ada menyimpan pistol di bawah kereta. 2 pencuri itu memandang aku ala2 takut dan tidak percaya. Mereka tidak menyangka yang ada budak dalam kereta. Aku terus mengambil pistol ayah aku dan terus melepaskan tembakan pada orang sebelah. Das yang pertama tak kena,aku cuba das yang kedua. Aku tembak sambil tutup mata dan kena.Aku acukan pistol ke arah driver tadi mengarah kan dia berhenti.. Dia berhenti dan aku pun tembak dia.. terpancut darah ke muka aku dan baju aku..PENCURI BODOH!!!.. aku keluar dari kereta dan semua orang tepuk tangan....hahaha....AKU LAH HERO SEBENAR..
Penat aku menaip..hehe.. sebenarnya xde adegan tembak dalam citer ni.. hehe.. Aku sebenarnya di bawa lari stengah kilometer di depan. Dia berhenti kan kenderaan dan aku terus turun.. Aku betol2 panic dan tidak percaya. Aku turun dan semua lihat kebengongan ke arah aku. Ttiba ayah aku muncul. Dia membawa aku kedai kedai Chu tu balik. Mak aku terus memeluk aku dalam keadaan teresak2.. Uncle Chu tu pun terus membawa kami ke balai polis dan pulang ke rumah.
Bila di kira2, banyak kerugian. Pertama sekali fail aku (hehe)..then kereta ayah aku, cash RM 2000 dalam kain sembahyang mak aku termasuk dengan semua barang kemas mak aku kecuali gelang yang ayah aku baru je hadiahkan dan dipakai oleh mak aku ketika itu.. yang lain termasuk barang2 dapur yang bernilai RM 200 ringgit. Pencuri tu mmg menang besar. Mereka boleh siap berkhemah tepi jalan agaknya dengan barangan dapur kami. erm..Kasut kesayangan ayah aku, dan juga beg sekolah aku..
Lepas tu ramailah sedara2 dan kwan2 datang intebiu aku.. dan ckp besar "apalah ko ni, napelah tak pukul je pencuri tu"..cakap senang ar.. cuba kena kt hang..
Memang lagenda tempat tu.. Sampai sekarang, kalu aku pergi kedai tu.. aku xakan parking keta depan kedai tu.. jadi takutan sampai bila2.. Kedai Chu oh Kedai Chu..!
p/s: Lepas kejadian tu, ayah aku pakai Volvo (da most hated car brand).. dan genap setahun, ayah aku ternampak kereta tu di sebuah rumah di Bandar Kuantan dan apabila pergi balik..dah xde..
aku dan keluarga aku mengejar mendapatkannya,
dengan menahan lapar seharian,
dah lama tak buat,
terasa sedikit penyiksaan dan kesedaran,
Seharian aku lemah,
kebosanan di isi dengan layari internet,
pergi sana pergi sini,
balik aku singgah,
satu tempat penuh kenangan,
5 tahun aku timba di situ,
SEK MEN KEB SERI MAHKOTA,
segala berubah,
dah lain dah...
aku msg ckg dr luar skolah
"sy kt kl lar, esok sy blk ktn, sy nk jupe kamu ni,
ada hajat ni" ckg sharul mmbalas,
agaknya apa lah hajatnya,
aku senyum..
waktu petang,
aku rempit perlahan,
bersiar2 kwasan taman perumahan,
membawa sepupu 5 tahun ku,
berjumpa mak2 kwn aku,
yg sentiasa bertanya pd mak aku,
aku pergi tunjukkkan diri,
supaya x dikata sombong diri,
aku bersiar2 lagi,
ke padang,
ke tempat dating dulu,
ke kedai mak angkat,
semuanya kerana menunggu waktu,
untuk melantak sesuka hati,
akibat kelaparan disiang hari..
jam hampir kul 7.20,
aku gegas pulang,
sesampai di depan rumah,
aku terberhenti sketika,
AKU NAMPAK DIA,
dia jiran aku,
diabekas 'classmate' aku,
dia kawan lama aku,
dan dia BUAH HATI lama aku,
sedang bermain bulu tangkis,
Hampir 5 tahun tidak ketemu,
akibat sesuatu yang kurang pasti,
dia menoleh belakang sekali,
aku pandang,
dia menoleh belakang lagi,
aku tunduk..
dan dia terus bermain,
aku masuk rumah..
dan terus duduk semeja dengan keluarga tercinta,
aku masih tidak percaya AKU NAMPAK DIA..
p/s: thankz to pigok kerana bagi aku 2 jam guna USPOT dia.. (dia yg suh tulih..huh!)
" Syah, betol ke nak masuk ni? 3 hari lg je ni.." Aku
Aku mula-mula hampir tidak percaya, Syah (housemate) dah pergi cabut undi utk sertai FESTIVAL TARI KL tapi groupnya takde lagi..Biar betol syah ni dan pada 2 hari sebelum pertandingan, syah mengajak Ghadafi n da geng utk join... so, hampir 22 orang dapat dikumpul dengan jayanya. & tarian harus di siapkan selama 2 hari iaitu Tarian Daerah, Tarian Rampaian Tradisional , Tarian, Kreasi & Tarian Kontemporari. Macamana nk siapkan sume tarian ni..???? jd banyaklah citer disebalik keGIGIHan FTKL ni :
1) Berlatih sampai 5 pagi selama 2 hari berturut.
2) Hari pertama berlatih di depan rumah aku tp kena senyap2 tkt pd pak guard n jiran.
3) Hari kedua kena halau dgn pak guard then blatih kt tepi jalan disinari lampu jalan
4) Berlatih guna player di henset je yg leh "pause"
5) Ada 2 3 orang tarik diri atas sbb tertentu.
6) 3 jam sbelum show, step kreatif baru siap.
7) Pae n Yaya yg berkerja di siang kena trus rush dtg MATIC
8) Seramai 22 orang berhimpit2 tido di rumah aku..
9) Kenderaan x cukup, ada yg naik moto
10) Tensen dengan orang2 luar tapi harus pro.
11) Hanya ada masa 5 minit utk siap pakai bju kreatif yg heavy giler
12) Pamplet last minute siap.
13) Aku n Nawi gigih cari songkok penari kt masjid india pada hr pertandingan
So kesimpulannya malam td di MATIC, persembahan tetap ada yg 'ting-tong' sket2.. tp kareografi tetap cantik.turn kami mlm tadi dengan grup ASWARA yg kekwat n bajet hebat tp biasa2 je.. .esok merupakan hari keputusannya..so, doakan kami menang..okai??
*gambar masuk kemudian lagi ..hhehe...
p/s : tahniah pada agusted sbb da join blogspot..
2010-01-29 @ 05:13:28 pm
by mask of hanuman
menarik idea. gmbar byk xsharp. main iso ...
2010-01-19 @ 12:24:06 pm
by asyraf azizan
sape komen pelik2 tu? nice pic. congrats
2009-12-24 @ 07:29:13 am
by asyraf azizan
:) mesyuarat diaorg ade macam mesyuarat ...
2009-12-15 @ 08:02:38 pm
by dot
nice..
2009-12-01 @ 02:24:27 pm
by asyraf azian
berbangga dengan kirana walaupun tidak dpt ...
2009-11-23 @ 09:16:28 am
by syara
sorry tak dpt dtg awal... dan ...
2009-11-22 @ 05:33:09 pm
by dot
salam...said..ko join haio ker? somebody appoached ...
2009-11-20 @ 08:55:38 am
by fiza ishak
macam alam dewasa teringat kat mubin ...
2009-10-22 @ 06:10:13 am
by syara
mcam kenal budak seorang tu kalau ...
2009-10-20 @ 04:04:57 pm
by syara